Kuala Lumpur: Seramai 1,899 pelatih menyertai Perbarisan Tamat Latihan Wira Muda Negara Siri 4/2026 di seluruh negara selepas berjaya mengharungi latihan selama 45 hari, hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah itu membabitkan semua kem yang terbabit dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.

"Di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, seramai 236 orang Wira Muda wanita berjaya menamatkan latihan dengan rekod sifar keciciran, iaitu tiada seorang pun pelatih yang keluar atau meminta untuk pulang.

"Secara keseluruhan, di seluruh negara pada tahun ini, seramai 1,899 pelatih terlibat dalam perbarisan tamat latihan yang diadakan secara serentak di kem-kem lain (hari ini)," katanya pada sidang media di Cawangan Latihan Khidmat Negara (CLKN) di Kem Askar Wataniah 515, hari ini.