BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) tidak bercadang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Perak dan Pahang, meskipun mencatat kemenangan menerusi PRN sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di kedua-dua negeri itu tertakluk kepada penilaian Menteri Besar.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO itu berkata, penilaian itu perlu dibuat kepemimpinan BN di peringkat negeri sebelum sebarang cadangan pembubaran DUN dipersembahkan kepada sultan.

"Kita baru sahaja selesai PRN Melaka. Jadi, kita tidak mahu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya di negeri lain. Saya serahkan kepada Menteri Besar di negeri masing-masing untuk melihat situasi dan mempersembahkan nasihat kepada Tuanku jika bersesuaian," katanya.