TANGGA BATU - Barisan Nasional (BN) tidak perlu terlalu mendesak atau memberi tekanan kepada golongan muda untuk memilih calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin berkata, golongan muda sebaliknya perlu didekati menerusi pendekatan santai dan memberi ruang kepada mereka untuk membuat pilihan berdasarkan keyakinan serta keselesaan sendiri.Menurutnya, beliau yakin pengundi muda akan menilai calon yang sentiasa berada bersama mereka dan memahami keperluan golongan berkenaan."Saya pernah katakan sebelum ini, anak muda kita tidak boleh terlalu memaksa atau menekan-nekan mereka."Saya yakin mereka akan melihat siapa yang ada bersama mereka dan siapa yang mereka rasa selesa apabila pulang untuk mengundi," katanya ditemui pada Program Santai Bola Sepak Anak Muda di Taman Peruna, Sungai Udang pada Sabtu.Program tersebut menampilkan pempengaruh media sosial antaranay AreToy, Babah Nadeen, Dakmins, Balau dan Botak Waknat.Mengulas lanjut, Rais berkata, hampir 45 peratus pengundi di DUN Sungai Udang terdiri daripada golongan berusia 40 tahun ke bawah termasuk anggota tentera serta pasangan mereka.Katanya, daripada lebih 9,000 pengundi tentera dan pasangan di kawasan berkenaan, kira-kira 7,000 hingga 8,000 daripadanya terdiri daripada golongan berusia 40 tahun ke bawah.Rais berkata, selain program santai dan penyediaan kemudaham amak muda riadah, beliau turut memberi perhatian kepada pembangunan usahawan muda menerusi Aku Janji khusus untuk DUN Sungai Udang yang sedang dirangka.Katanya, antara potensi yang dikenal pasti termasuk usahawan tani, perniagaan bekam serta pengusaha alat muzik perkusi di Bertam Hulu yang memerlukan bantuan peralatan dan mesin bagi mengembangkan perniagaan.
PRN Melaka: Tidak perlu ‘menekan-nekan’ pengundi muda

Key takeaways
BN tidak perlu memaksa pengundi muda memilih calon mereka dalam PRN Melaka, sebaliknya perlu pendekatan santai.
- Calon BN, Datuk Rais Yasin menyarankan pendekatan santai untuk menarik pengundi muda.
- Hampir 45 peratus pengundi di DUN Sungai Udang adalah golongan berusia 40 tahun ke bawah.
- Kira-kira 7,000 hingga 8,000 daripada 9,000 pengundi tentera dan pasangan adalah golongan muda.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Bersatu perlu jelaskan penggunaan logo PN pada PRN Melaka
- Sinar Harian PRN Melaka: Tidak perlu ‘menekan-nekan’ pengundi muda (this story)








