KUALA LUMPUR: KEB Bhd, pemaju hartanah yang membuat kemunculan sulung di Bursa Malaysia hari ini akan memberi tumpuan kepada segmen pembeli rumah pertama serta golongan berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya kumpulan B40 dan M40 dengan kebanyakan projek ditawarkan pada harga di bawah RM500,000.

Pengarah Urusan KEB, Datuk Lim Kim Chong, berkata keutamaan kumpulan selepas penyenaraian adalah memastikan pelaksanaan perancangan perniagaan berjalan lancar, menyiapkan projek mengikut perancangan serta mewujudkan nilai jangka panjang yang mampan kepada pemegang saham.

Beliau berkata, kumpulan mempunyai potensi membangunkan antara 10 hingga 12 projek daripada bank tanah sedia ada seluas kira-kira 60.01 ekar.