Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kebimbangannya ialah sama ada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan mampu menjamin rakyat tidak menanggung kesan negatif yang lebih besar. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya menolak pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukan didorong kepentingan politik, sebaliknya mengambil kira kesan cukai itu terhadap rakyat.
Beliau berkata, sekiranya GST benar-benar menguntungkan ekonomi negara dan rakyat, tiada sebab untuk kerajaan menolaknya atas pertimbangan politik.
“Saya berkeras tidak mahu GST. Bukan soal politik, apa nak politiknya kalau ia menguntungkan ekonomi negara dan menguntungkan rakyat," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ronald Kiandee (PN-Beluran) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwar145_118322.png&w=480&output=webp&q=85&we)