FAYETTEVILLE: Jurulatih Amerika Syarikat (AS), Mauricio Pochettino bertekad menamatkan tugasnya dengan keputusan positif sebelum meninggalkan pasukan berkenaan.
Pengendali dari Argentina itu bakal meninggalkan jawatannya untuk mengambil alih Manchester United, meskipun sebelum ini menandatangani kontrak baharu bersama Persekutuan Bola Sepak AS (US Soccer) pada Ogos lalu bagi membimbing pasukan itu sehingga Piala Dunia 2030.
Pochettino berkata, keputusan untuk berpisah tidak akan menjejaskan komitmen serta pendekatan pasukannya menjelang aksi suku akhir Liga Negara-Negara CONCACAF menentang Haiti yang bakal menjadi perlawanan terakhirnya sebagai pengendali AS.
"Bola sepak tetap bola sepak dan ada beberapa perkara yang tidak mampu kita kawal. Namun, kami sangat optimis dan menganggap ini cara yang cukup semula jadi untuk menamatkan kerjasama kami," katanya kepada pemberita di Fayetteville, Georgia, pada Jumaat.








