KUALA LUMPUR: Hampir tiga dekad mewarnai industri lakonan, bintang jelita, Rita Rudaini, 50, mula terfikir untuk memperlahankan rentak demi menikmati kehidupan lebih tenang bersama keluarga.
Bagaimanapun, hasrat itu belum mendapat persetujuan dua anaknya yang masih menggalakkan Rita terus aktif berlakon, sekaligus membuatkan dirinya belum sedia meninggalkan dunia seni yang sudah sebati dengan kehidupan.
Rita kini lebih selesa mengatur jadual kerja berbanding sebelum ini yang menyaksikan dirinya menerima tawaran penggambaran secara bertindih.
"Saya lebih tenang dengan kehidupan sekarang. Anak-anak pun semakin dewasa. Saya sudah tidak ambil tawaran kerja bertindih-tindih seperti sebelum ini.








