KUALA LUMPUR: Isu kecederaan yang melanda beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bukan sahaja mampu menjejaskan peluang mereka beraksi pada Jelajah Dunia Akhir (WTF) BWF, Disember ini, tetapi juga persiapan menjelang kelayakan ke Sukan Olimpik 2028, tahun depan.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, penarikan diri Aaron-Wooi Yik pada pusingan awal di Kumomoto Jepun Masters akibat kecederaan telah menjejaskan peluang mereka untuk beraksi pada WTF.

“Beregu Denmark (Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard) sudah masuk ke suku akhir, sekarang kutipan mata mereka di atas Aaron-Wooi Yik, memang sangat tipis. Kita tengok nanti di Hong Kong, harap mereka bisa bermain baik,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, semalam.