Esma Eazreen Husin akan berdepan penyandang DUN Rim Khaidhirah Abu Zahar pada PRN Melaka, Sabtu ini.JASIN: Pertumbuhan ekonomi yang perlahan sehingga menyebabkan anak muda terpaksa mencari pekerjaan di luar Rim menjadi antara isu utama dibangkitkan calon Pakatan Harapan (PH), Esma Eazreen Husin, dalam usahanya merampas kerusi DUN itu pada PRN Melaka.
Esma berkata beliau mahu merancakkan ekonomi setempat bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan supaya penduduk, khususnya golongan muda, tidak perlu berhijrah ke kawasan lain untuk mencari rezeki.
“Kita lihat pertumbuhan ekonomi di kawasan ini sangat perlahan sehinggakan anak-anak muda terpaksa keluar daripada kawasan untuk mencari pekerjaan,” katanya kepada FMT.








