Shameer PV mulakan prosiding di Mahkamah Syariah Selangor untuk mohon pengiktirafan pegangan agamanya sebagai Kristian, namun permohonannya ditolak pada Januari lepas, selepas 72 prosiding. (Gambar Reuters)KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan Selangor untuk memindahkan cabaran perlembagaan berhubung kebebasan beragama ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Cabaran undang-undang itu difailkan oleh Shameer PV, 34, seorang penyelidik dan graduan undang-undang yang mendakwa hak perlembagaannya untuk menganut agama Kristian telah dinafikan, walaupun beliau menganggap dirinya seorang penganut Kristian sejak berusia 18 tahun.

Selain kerajaan negeri, Shameer menamakan kerajaan persekutuan dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai defendan.