PPS SK Dato' Maharaja Lela di Kuala Selangor menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 416 orang. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor terus meningkat, manakala Perak merekodkan penurunan jumlah mangsa, setakat 4 petang tadi.

Di Selangor, bilangan mangsa banjir di lima PPS di daerah Kuala Selangor bertambah kepada 1,032 mangsa daripada 289 keluarga berbanding 945 mangsa daripada 265 keluarga, pagi tadi.

Menurut laman InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, PPS SK Dato' Maharaja Lela menempatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 416 orang, diikuti SRA Bukit Kuching (287), SK Parit Mahang (238), SA Batu 8 Ijok (77) dan SK Jaya Setia (12).