AMSTERDAM: Tijjani Reijnders mencuri tumpuan apabila meledak hatrik pada babak pertama ketika membantu Belanda membelasah Greece 7-0 dalam aksi Liga Negara-Negara, awal pagi tadi.

Kemenangan besar itu menyaksikan Belanda terus mengungguli Kumpulan A2 dengan 11 mata, manakala Jerman turut mencatat kemenangan 3-1 ke atas Serbia untuk berkongsi lapan mata bersama Greece.

Belanda mempamerkan aksi dominan apabila mendahului 5-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Crysencio Summerville seawal minit keenam, sebelum Reijnders meledak tiga gol untuk melengkapkan hatrik.

Jurrien Timber turut mencatat nama sebagai penjaring sebelum tamat babak pertama, sekali gus meletakkan tuan rumah dalam kedudukan selesa.