KOTAK minuman yang sudah kosong mungkin kelihatan tidak bernilai, namun apabila dikumpulkan bersama ribuan kotak minuman terpakai lain, ia mampu menyumbang kepada perubahan yang bermakna terhadap alam sekitar dan komuniti.

Itulah mesej yang cuba disampaikan oleh MILO®️ menerusi inisiatif MILO®️ Tenaga Untuk Kebaikan 2026 sekali gus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia bahawa perubahan sentiasa bermula daripada tindakan kecil dalam kehidupan seharian.

Memasuki tahun kedua pelaksanaannya, inisiatif ini membuktikan bagaimana usaha memelihara alam sekitar dapat diperkasakan apabila, murid, guru dan ibu bapa berganding bahu menjayakannya bersama. Kejayaan ini bukan bergantung kepada usaha individu semata-mata, sebaliknya lahir daripada kerjasama pelbagai pihak yang masing-masing memainkan peranan penting.