Kuala Lumpur: Kotak minuman yang sudah kosong mungkin kelihatan tidak bernilai namun apabila dikumpulkan bersama ribuan kotak minuman terpakai lain, ia mampu menyumbang kepada perubahan yang bermakna terhadap alam sekitar dan komuniti.
Itulah mesej yang cuba disampaikan oleh MILO®️ menerusi inisiatif MILO®️ Tenaga Untuk Kebaikan 2026, sekali gus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia bahawa perubahan sentiasa bermula daripada tindakan kecil dalam kehidupan seharian.
Memasuki tahun kedua pelaksanaannya, inisiatif ini berjaya membuktikan bagaimana usaha kelestarian jauh lebih berkesan apabila sekolah, murid, guru, dan ibu bapa bekerjasama memelihara alam sekitar.
Selain itu, inisiatif berkenaan turut memperlihatkan bahawa kejayaan yang dicapai bukan sumbangan individu tertentu semata-mata, sebaliknya terletak pada kekuatan ekosistem yang membolehkan setiap pihak memainkan peranan dalam menjayakan usaha berkenaan.









