MELAKA - Sebanyak 240 pusat mengundi biasa dengan 1,213 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dibuka serentak pada 8 pagi pada Sabtu bagi membolehkan rakyat di negeri berkenaan memilih kerajaan baharu untuk penggal akan datang.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 675,166 pengundi biasa layak menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat untuk mengisi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan jangkaan keluar mengundi mencecah 70 peratus.Proses pengundian pada Sabtu dijadualkan berlangsung hingga jam 6 petang ini, selepas berakhirnya tempoh berkempen selama 14 hari pada 11.59 malam pada Jumaat. Secara keseluruhan, sebanyak 687,697 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRN kali ini, termasuk 12,531 orang tentera dan pasangan serta polis yang telah menunaikan tanggungjawab menerusi pengundian awal pada Selasa.Pengundian awal yang melibatkan 31 pusat mengundi itu merekodkan 9,417 atau 94.96 peratus daripada 9,917 pemilih keluar mengundi secara fizikal pada hari berkenaan manakala 2,614 lagi mengundi secara pos.PRN kali ini menyaksikan sebanyak 79 calon daripada pelbagai parti politik dan calon Bebas bertanding bagi merebut 28 kerusi DUN, selepas proses penamaan calon pada 31 Oktober lepas.Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon paling ramai, iaitu di 24 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 23 calon, Parti Bersama Malaysia (16), Bersatu (tujuh), Perikatan Nasional (lima), Parti Pribumi Perkasa Malaysia (satu) dan tiga calon Bebas.PRN kali ini diadakan susulan pembubaran DUN Melaka ke-15 pada 23 Sept selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.Pada PRN Melaka ke-15 yang berlangsung pada 20 Nov 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN manakala PH (lima) dan PN (dua). - Bernama
PRN Melaka: 240 pusat mengundi dibuka serentak jam 8 pagi

Key takeaways
PRN Melaka ke-16 bermula pada jam 8 pagi dengan 240 pusat mengundi dibuka serentak untuk 675,166 pengundi.
- 240 pusat mengundi dibuka serentak pada jam 8 pagi untuk PRN Melaka.
- Jumlah pengundi layak ialah 675,166 orang dengan jangkaan keluar mengundi 70 peratus.
- 79 calon bertanding untuk 28 kerusi DUN dalam PRN ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Malaysiakini (BM) , Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian PRN MELAKA: 28 pusat penamaan calon dibuka
- Malaysiakini (BM) PRN MELAKA | 28 pusat penamaan calon dibuka 9 pagi
- Sinar Harian PRN Melaka: 240 pusat mengundi dibuka serentak jam 8 pagi (this story)
- Berita Harian 240 pusat mengundi seluruh Melaka dibuka serentak 8 pagi








