KUALA LUMPUR: Tiga nama yang kian mendapat tempat di pentas lakonan tanah air, iaitu Badron Munirah, Ezaidi Aziz dan Zairi Aziz dilihat sebagai bakat pelapis yang mampu bersinar dalam tempoh panjang, asalkanberdisiplin dan konsisten mengembangkan karier seni masing-masing.
Kerap menghiasi layar kaca dan platform penstriman menerusi pelbagai naskhah, kehadiran mereka bukan sekadar bergantung kepada penampilan, sebaliknya disokong bakat serta kemampuan lakonan tersendiri.
Menariknya, ketiga-tiga pelakon meningkat naik itu turut disatukan dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-38.
Bagi Badron, yang sebelum ini lebih dikenali sebagai pempengaruh media sosial menerusi pelbagai kandungan komedi, pencalonan ABPBH 38 menjadi bukti usaha mengembangkan bakat dalam bidang lakonan mula membuahkan hasil.








