Portimao: Jorge Martin perlu mengutip sekurang-kurangnya 24 mata lebih banyak berbanding Marc Marquez sepanjang hujung minggu Grand Prix (GP) Motosikal Portugal bagi memastikan peluangnya memburu kejuaraan dunia 2026 kekal sehingga pusingan terakhir di Valencia.

Pelumba Aprilia itu tiba di Portimao dengan ketinggalan 60 mata di belakang pendahulu kejuaraan dari Ducati, Marquez, sedangkan hanya 74 mata maksimum masih ditawarkan dalam baki dua pusingan musim ini.

Peluang Martin untuk bergelar juara dunia masih terbuka dari segi matematik, namun dia hampir tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesilapan.

Dia perlu meraih peningkatan mata yang besar dalam perlumbaan pecut pada Sabtu dan perlumbaan Grand Prix pada Ahad, selain mengharapkan Marquez melalui hujung minggu yang sukar di Portugal.