Kuching: Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen Petra Jaya disasar mencatatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 akan datang.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof berharap, usaha keras jentera parti dapat diterjemah menerusi kemenangan bergaya.

"Semua DUN kawasan Petra Jaya, pastikan kita mesti menang besar, bagi mengukuhkan keyakinan kita untuk menghadapi pilihan raya parlimen akan datang," katanya pada Majlis Makan Malam Santai Pemuda Belia Petra Jaya, di sini, malam tadi.

Untuk rekod, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diwakili calon PBB menyapu bersih ketiga-tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Petra Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, pada 18 Disember 2021.