KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus kandungan tempatan bagi projek pusat data baharu yang diluluskan di bawah Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF).
Langkah itu bertujuan meningkatkan penyertaan syarikat tempatan serta memastikan perkembangan pesat industri pusat data memberi limpahan lebih besar kepada ekonomi domestik.
Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak anak Kumbong, berkata syarat berkenaan merangkumi perkhidmatan kejuruteraan, penyelenggaraan, rangkaian dan penyediaan teknologi.
Beliau berkata, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan memantau pematuhan syarat itu menerusi laporan pelaksanaan yang perlu dikemukakan syarikat setiap enam bulan.






