Pusat mengundi PRN Melaka di kesemua 28 kawasan DUN dijadualkan tutup pada 6 petang hari ini. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Peratusan keluar mengundi bagi PRN Melaka mencapai sasaran 70% yang ditetapkan, dengan 472,015 undi direkodkan setakat 5.50 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR memaklumkan, Serkam mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi pada 79.71%, diikuti Ayer Molek (79.29%) dan Tanjung Bidara (76.54%).

Peratusan terendah pula direkodkan di Bandar Hilir (57.67%), Kota Laksamana (62.71%) dan Sungai Udang (63.59%).

Peratusan akhir keluar mengundi pada PRN 2021 adalah sebanyak 65.9%.