Kuala Lumpur: Pempengaruh, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfeq atau Dr Fie menafikan dibelenggu hutang, sebaliknya mendakwa memperoleh pendapatan lumayan dalam bidang perniagaan dan kandungan digital.
Dr Fie, 36, berkata kedudukan kewangan kukuh yang dikecapinya adalah hasil usaha sendiri menerusi beberapa cabang kerjaya termasuk sebagai doktor gigi, pengusaha klinik pergigian, pempengaruh media sosial dan duta produk.
Pendedahan itu dibuat ketika menjawab pertanyaan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dalam episod Paparazzi Podcast yang turut menampilkan suaminya, Amarul Nizar Anuar atau Kapten Amrul.
Menurut Dr Fie, pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan ketika bertugas sebagai doktor kerajaan tidak mencukupi untuk membolehkannya memiliki aset bernilai tinggi seperti rumah.










