KUALA LUMPUR: Lima rakyat Malaysia antara tujuh ditahan dalam operasi membanteras sindiket pengedaran dadah rentas sempadan di Thailand yang membawa kepada rampasan kira-kira 240 kilogram syabu, minggu lalu.
Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB), Kementerian Kehakiman Thailand dalam kenyataan kelmarin, memaklumkan tangkapan turut membabitkan dua wanita Thailand dalam operasi di wilayah Prachuap Khiri Khan dan Bangkok pada Khamis serta Jumaat lalu.
Menurut ONCB, siasatan mendapati sindiket itu dikendalikan oleh dalang dan pemilik bekalan dadah yang berpangkalan di Malaysia.
"Dalang yang mengarahkan kegiatan sindiket serta pemilik bekalan dadah dikenal pasti berada di Malaysia.










