KUALA LUMPUR: Industri pusat data Malaysia secara keseluruhannya dijangka kurang terdedah kepada cadangan sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap akses jauh kepada cip kecerdasan buatan (AI) termaju.

Permintaan terhadap perkhidmatan pengkomputeran awan, kolokasi dan perusahaan konvensional daripada pelanggan yang tidak tertakluk pada sekatan dijangka terus berdaya tahan.

MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) berkata, cadangan sekatan itu tidak harus ditafsirkan sebagai larangan menyeluruh terhadap penggunaan cip AI AS di Malaysia atau petunjuk berlakunya kelembapan struktur dalam permintaan pusat data global.

"Sebaliknya, langkah itu boleh membezakan pengendali berdasarkan profil pelanggan, pematuhan peraturan dan ketelusan penggunaan akhir.