BERLIN: Jurulatih Jerman, Jurgen Klopp menggesa Gianni Infantino menamatkan tempoh kepimpinannya sebagai Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sambil menyifatkan perubahan kepimpinan badan induk itu sebagai sesuatu yang wajar dilakukan.
Klopp berkata, beliau tidak menyangka keadaan boleh menjadi lebih buruk selepas era Sepp Blatter, namun berpendapat kepimpinan Infantino kini mencetuskan keperluan untuk perubahan.
"Saya sudah mengikuti perkembangan bola sepak sejak sekian lama. Ada individu yang jauh lebih arif mengenai perkara ini berbanding saya. Namun, saya fikir kebanyakan orang kini bersetuju bahawa perubahan adalah sesuatu yang sangat wajar.
"Saya tidak menyangka keadaan boleh menjadi lebih buruk selepas Sepp Blatter, tetapi ada seseorang yang berjaya melakukannya," katanya.









