KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang mewujudkan koridor ekonomi baharu di Wang Kelian, sebaliknya akan memperkukuh kerangka Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) yang sedang dimuktamadkan.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah, berkata pendekatan itu bertujuan mengelakkan pertindihan fungsi dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), selain memaksimumkan potensi perdagangan rentas sempadan antara Malaysia dengan Thailand.

Beliau berkata, kerajaan sedang memuktamadkan kajian pembangunan BEZ membabitkan empat negeri, iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.

"Kajian ini bertujuan menilai dan meneroka cadangan pembangunan kawasan sempadan dengan memberi tumpuan kepada pintu-pintu sempadan strategik.