BAITULMAQDIS: Bekas ketua tentera, Gadi Eisenkot yang sedang memikul mandat untuk membentuk kerajaan baharu Israel, semalam menegaskan Perdana Menteri sementara, Benjamin Netanyahu 'tidak boleh kekal menerajui kerajaan walau untuk seminit lagi'.
Beberapa jam selepas wakil kedua-dua pemimpin terbabit bertemu untuk membincangkan kemungkinan pembentukan kerajaan perpaduan nasional, Eisenkot melancarkan serangan keras terhadap pesaingnya itu.
"Tingkah laku Perdana Menteri yang bakal tamat perkhidmatan, Benjamin Netanyahu, dan rombongannya adalah satu ancaman yang kuat, langsung serta segera terhadap demokrasi Israel," kata Eisenkot.
Sebelum ini, Channel 12 Israel melaporkan bahawa pada malam menjelang pilihan raya baru-baru ini, ketua staf bawah Netanyahu, Ido Norden, menghubungi pejabat pesuruhjaya polis untuk membuat aduan terhadap ahli parti Arab-Israel, Raam.










