KUALA LUMPUR – Menyangkal dakwaan kononnya hidup memikul beban hutang, pempengaruh media sosial popular, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfeq atau Dr. Fie bertegas memiliki kestabilan kehidupan dan kedudukan kewangan hasil kerja keras dalam pelbagai lapangan yang diceburinya, termasuk sebagai doktor gigi, pengusaha klinik, pencipta kandungan digital serta duta jenama.

Dr. Fie, 36, membuat pengakuan terbuka menjawab pertanyaan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dalam episod Paparazzi Podcast yang turut menampilkan suaminya, Amarul Nizar Anuar atau Kapten Amrul.

Menurut Dr. Fie, pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan ketika bertugas sebagai doktor kerajaan tidak mencukupi untuk membolehkannya memiliki aset bernilai tinggi seperti rumah.