KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Bahari Mohamad Nor daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilucutkan dari jawatan Timbalan Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan berkuatkuasa 11 November lalu.Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Bersatu Kelantan, Mohd Wira Arjuna Muhamad menerusi satu kenyataan media pada Isnin.Beliau telah dimaklumkan berhubung surat rasmi berkenaan yang menyentuh pembatalan pelantikan wakil rakyat tersebut."Perkara ini dimaklumkan untuk perhatian semua pihak," katanya dalam kenyataan itu.Bagaimanapun, kenyataan berkenaan tidak memperincikan sebab pembatalan pelantikan Bahari yang juga ADUN Gual Ipoh itu.Terdahulu, Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor sah digugurkan sebagai exco kerajaan negeri berkuat kuasa pada 9 November lalu.Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dalam satu kenyataan.
ADUN Gual Ipoh dari Bersatu pula dibatalkan sebagai Timbalan Exco

Key takeaways
ADUN Gual Ipoh, Bahari Mohamad Nor, telah dibatalkan jawatan Timbalan Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan berkuatkuasa 11 November. Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor, juga digugurkan pada 9 November.
- Bahari Mohamad Nor dibatalkan jawatan Timbalan Exco pada 11 November.
- Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor, digugurkan pada 9 November.
- Penyebab pembatalan tidak dinyatakan dalam kenyataan media.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Pas Pusat tidak campur tangan kedudukan ADUN Bersatu
- Berita Harian "Saya akur jika turut digugurkan" - ADUN BERSATU
- Sinar Harian ADUN Gual Ipoh dari Bersatu pula dibatalkan sebagai Timbalan Exco (this story)








