Kota Bharu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Bahari Mohamad Nor digugurkan sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Kelantan, Mohd Wira Arjuna Muhamad, berkata pihaknya dimaklumkan berhubung surat rasmi bertarikh 11 November lalu.

Katanya, surat rasmi itu mengenai pembatalan pelantikan Yang Berhormat Bahari sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan.

"Kami menerima surat pemakluman pembatalan itu pada 12 November lalu," katanya dalam kenyataan.