TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkukuh tadbir urus pengurusan kualiti dengan penggunaan sepenuhnya Sistem MyQ ISO dalam pelaksanaan Audit MS ISO 9001:2015 daripada pihak SIRIM bagi 2026.

Pengarah BPQ, Dr Muhammad Modi Lakulu berkata proses audit berlangsung dua hari melakar pencapaian baharu dalam transformasi digital universiti apabila keseluruhan prosesnya dijalankan secara dalam talian.

Menurut beliau Sistem MyQ ISO yang dibangunkan secara dalaman oleh Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), terbukti menjadi pemangkin kepada kecekapan proses auditan.

"Jika sebelum ini proses audit melibatkan timbunan dokumen fizikal dan mengambil masa yang panjang untuk dianalisis, namun kali ini menyaksikan penjanaan laporan analitik deskriptif NCR (Non-Conformance Report) dan OFI (Opportunity for Improvement) secara automatik dalam masa kurang satu minit.