Teluk Intan: Seorang lelaki yang merompak seorang pemandu kereta dengan bersenjatakan pisau sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM4,030, sebelum melarikan barang kemas emas dan wang tunai milik pekerja KK Mart dalam kejadian berasingan, dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 10 tahun dan empat sebatan rotan.
Azizul Azmil Abdul Aziz, 26, bagaimanapun gagal dalam permohonannya untuk membolehkan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan rompakan pertama berjalan serentak dengan hukuman yang dijatuhkan bagi kes kedua.
Hakim Mahkamah Sesyen, Norhamizah Shaiffuddin memutuskan hukuman itu perlu dijalankan secara berturutan kerana kedua-dua kesalahan dilakukan pada tarikh berbeza dan membabitkan mangsa berlainan.









