KUALA LUMPUR: Penyanyi Mawi mendedahkan mengambil masa hampir lima jam berborak dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof sebelum pelawaan untuk membuat persembahan bersama pada konsert The Journey Of Mawi World dipersetujui.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkata, walaupun sudah lama bersahabat, pelawaan untuk menjayakan konsert yang berlangsung, baru-baru ini hanya tercetus pada penghujung sesi pertemuan mereka selepas sekian lama tidak bersua muka.

"Dia memang susah nak keluar. Tapi, Alhamdulillah dia dapat bersama saya pada konsert itu.

"Saya tak adalah pujuk, tetapi mungkin sebab kami dah lama tak berjumpa. Saya berborak dengan dia selama lima jam, bermula dari jam 12 tengah malam sampai 5 pagi.