KUALA LUMPUR: Kinergy Advancement Bhd mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin bagi memberi tumpuan kepada komitmen lain.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata pihaknya menerima notis peletakan jawatan berkenaan pada 13 November 2026, dengan peletakan jawatan itu berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Pada 29 Oktober lalu, dilaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan notis pengisytiharan harta kepada ahli perniagaan Nazir Hussin dan abangnya, Datuk Mubarak Hussain pada 20 Oktober.








%2Ffile%2Fattachments%2F890%2Fkapal_1000x600_399970.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)