KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengambil masa hampir dua jam memberikan keterangan kepada polis berhubung sajak karyanya yang bertajuk 'Patik Tak Rela'.Hassan berkata, proses rakaman percakapan yang berlangsung kira-kira satu jam 45 minit itu melibatkan kira-kira 20 soalan."Saya memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat dan menjawab semua soalan yang boleh dijawab sepanjang proses berkenaan."Ada beberapa soalan kalau didakwa, saya jawab di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas selesai memberikan keterangan di Bukit Aman di sini pada Isnin.Beliau berkata, rakaman percakapan itu dibuat mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.Mengulas lanjut, Hassan memaklumkan telefon bimbitnya turut dirampas polis bagi membantu siasatan."Saya dimaklumkan kertas siasatan akan dikemukakan oleh polis kepada Pejabat Peguam Negara untuk diteliti sebelum tindakan lanjut dibuat," katanya.Terdahulu, Hassan tiba di Bukit Aman kira-kira jam 2.50 petang, beliau dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada jam 3 petang.Hassan memaklumkan dirinya disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Pada Ahad, Hassan meluahkan rasa kecewa berhubung isu Datuk Seri Najib Razak menerusi sajak yang dimuat naik di Facebook miliknya.Menerusi sajak itu, Hassan yang juga seorang peguam mempersoalkan sama ada tindakannya menyuarakan bantahan terhadap perkara yang dianggapnya sebagai ketidakadilan boleh disifatkan sebagai derhaka.Beliau turut menyentuh prinsip keadilan yang perlu ditegakkan tanpa mengira kedudukan atau darjat seseorang, selain menyifatkan sikap berdiam diri terhadap ketidakadilan sebagai satu bentuk persubahatan.
Sajak 'Patik Tak Rela': Hampir dua jam Ahli Parlimen Pasir Gudang beri keterangan kepada polis

Key takeaways
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memberi keterangan selama hampir dua jam kepada polis berkenaan sajaknya.
- Hassan memberikan keterangan selama satu jam 45 minit dengan 20 soalan yang diajukan.
- Telefon bimbit Hassan dirampas polis untuk membantu siasatan.
- Kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk diteliti.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Hadi samakan CSA Putrajaya dengan ahli parlimen sebagai pendekatan Dajal
- Free Malaysia Today Hassan Karim disiasat Akta Hasutan susulan sajak ‘Patik Tak Rela’
- Malaysiakini (BM) Sajak ‘Patik Tak Rela’ - Hassan Karim diarah ke Bukit Aman
- Sinar Harian Sajak 'Patik Tak Rela': Hampir dua jam Ahli Parlimen Pasir Gudang beri keterangan kepada polis (this story)









