GEORGE TOWN - Seorang doktor yang dikenali dengan sifat pemurah, rendah diri dan berhati mulia, Dr Khaw Chun Sein, 74, disifatkan sebagai insan yang sentiasa mengutamakan kebajikan orang lain meskipun menjalani kehidupan secara sederhana.Malah, keperibadian beliau yang sanggup memberikan rawatan perubatan serta ubat-ubatan secara percuma kepada golongan memerlukan menjadikan pemergiannya satu kehilangan besar buat insan yang mengenalinya.Menurut perkongsian seorang rakannya di media sosial, Chun Sein bukan sahaja seorang doktor yang prihatin malah sahabat yang lemah lembut, merendah diri dan sentiasa bersedia berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.Rakan mangsa yang dikenali sebagai Wayne Ng berkata, mangsa menjalani kehidupan sederhana dan berjimat cermat namun tidak pernah lokek berkongsi apa yang dimilikinya dengan orang lain."Beliau seorang yang menyayangi kehidupan dan memilih untuk menjalani hidup dengan caranya sendiri."Begitu banyak nilai kemanusiaan yang murni ada dalam dirinya," katanya.Terdahulu, Chun Sein yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti luncur angin di perairan Tanjung Bungah, di sini pada Ahad ditemukan meninggal dunia pada Isnin.Mendiang ditemukan terdampar di atas batu di pesisir pantai berhampiran Straits Quay Retail Marina pada jam 9.56 pagi.Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.Sebelum itu, mendiang dilaporkan keluar melakukan aktiviti luncur angin di laut sebelum berdepan cuaca buruk dan ribut.Sementara itu, dalam hantaran sama, Wayne turut meluahkan rasa sedih apabila membaca beberapa komen di media sosial yang disifatkan kurang berempati terhadap kejadian menimpa mangsa.Beliau berharap orang ramai lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang komen terutama ketika keluarga dan kenalan mangsa sedang berdepan kehilangan insan tersayang.Katanya, setiap individu berhak menentukan cara hidup masing-masing meskipun pilihan itu mungkin tidak difahami oleh orang lain."Kita mungkin tidak memahami pilihan mereka tetapi sekurang-kurangnya kita boleh menghormatinya."Ketika berdepan penderitaan sesama manusia, mari lah kita mengutamakan kebaikan, belas kasihan dan empati, bukannya terus menghukum atau membuat penilaian," katanya.Rakannya itu turut menzahirkan harapan agar masyarakat terus mendoakan kesejahteraan keluarga mangsa serta menghormati kesedihan yang sedang mereka lalui.
Tragedi luncur angin: Doktor berhati mulia, suka bantu golongan memerlukan - Rakan

Key takeaways
Dr Khaw Chun Sein, 74, seorang doktor yang dikenali dengan sifat baik dan prihatin, ditemukan meninggal dunia selepas hilang semasa luncur angin.
- Dr Khaw Chun Sein dikenali sebagai doktor yang prihatin dan suka membantu golongan memerlukan.
- Beliau menjalani kehidupan sederhana tetapi sentiasa berkongsi rezeki dengan orang lain.
- Beliau ditemukan meninggal dunia di pesisir pantai setelah hilang semasa luncur angin.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Warga emas meninggal dunia selepas bermain luncur angin
- Sinar Harian Tragedi luncur angin: Doktor berhati mulia, suka bantu golongan memerlukan - Rakan (this story)









