KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 11 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan hingga 6 petang ini.MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala di Pahang melibatkan Rompin dan Bera.Di Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Miri (Miri, Marudi dan Beluru), Sri Aman, Kapit (Song), Mukah (Mukah, Daro, Dalat dan Matu), Sibu, Bintulu (Tatau), Sarikei (Maradong, Julau dan Pakan), Limbang, serta Betong (Betong).Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah, iaitu di Pedalaman (Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tambunan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan), serta Tawau (Tawau dan Kalabakan). - Bernama
Ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri, tiga Wilayah Persekutuan

Key takeaways
MetMalaysia mengingatkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda 11 negeri serta Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sehingga 6 petang ini.
- Cuaca buruk dijangka melanda seluruh Wilayah Persekutuan dan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pahang, Sarawak.
- Kawasan terlibat di Perak termasuk Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
- Di Sarawak, kawasan terlibat termasuk Miri, Marudi, Beluru, Sri Aman, Kapit, Mukah, Daro, Dalat, Matu, Sibu, Bintulu, Sarikei, Limbang dan Betong.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri hingga petang ini
- Berita Harian Amaran ribut petir dan hujan lebat di lima negeri
- Sinar Harian Ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri, tiga Wilayah Persekutuan (this story)








