ADEN: Kumpulan Houthi semalam mara ke pusat pentadbiran sementara Kerajaan Yaman yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa, dengan mereka berada hanya kira-kira 60 kilometer (km) dari Aden.

Sumber memaklumkan perkembangan berkenaan kepada AFP tatkala tentera Kerajaan Yaman dikerah bergegas mempertahankan bandar itu untuk mengelakkannya daripada dirampas Houthi.

Empat sumber tentera serta dua sumber kerajaan mendedahkan bahawa Houthi telah berjaya menguasai dua daerah di wilayah Lahj dan sedang bergerak menuju ke Aden.

Menurut mereka, kumpulan itu berada di kem Al-Kharaz di Al-Madariba yang terletak 60km dari Aden.