Leeds: Leeds United dilaporkan sedang mengintai peluang mendapatkan penyerang Middlesbrough, Will Lankshear, bagi memperkukuh jentera serangan pasukan itu sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pengendali Daniel Farke.
Pemain berusia 21 tahun itu mencuri perhatian selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Middlesbrough apabila meledak 13 gol dalam 12 penampilan sebagai pemain utama di saingan Liga Kejuaraan musim ini.
Prestasi itu menyaksikan Leeds mula memantau perkembangan Lankshear, malah laporan menyebut wakil kelab berkenaan sudah dihantar untuk menyaksikan aksinya secara langsung.
Bagaimanapun, usaha mendapatkan khidmat penyerang itu dijangka bukan mudah apabila Middlesbrough dilaporkan meletakkan tanda harga £70 juta (kira-kira RM378 juta) bagi pemain berkenaan.









