KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengambil langkah baharu dalam memperkukuh skuad trek kebangsaan apabila memutuskan untuk memansuhkan jawatan Pengarah Teknikal dan menggantikannya dengan Jurulatih Berprestasi Tinggi dari luar negara.

Keputusan itu dicapai secara sebulat suara menerusi mesyuarat khas Exco PKBM yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam, sekali gus membuka laluan kepada badan induk itu untuk mencari pengganti John Beasley yang sebelum ini memegang jawatan berkenaan sebelum berhijrah ke Jepun.

Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pihaknya mahu mendapatkan khidmat jurulatih berprofil tinggi dari luar negara yang mampu memba£wa skuad trek negara ke tahap lebih dinamik dan bertenaga.