Key takeaways
Kuching City FC dilaporkan berminat dengan penyerang Selangor FC, Chrigor Moraes, namun kekangan kewangan dan kontrak pemain menjadi halangan utama. Keputusan pengambilan pemain baharu bergantung kepada perancangan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak.
- Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan, mengakui Moraes memiliki kualiti yang diperlukan pasukan.
- Kekangan kewangan dan kontrak Moraes dengan Selangor menjadi pertimbangan utama kelab untuk mendapatkan khidmatnya.
- Keperluan memperkukuh jentera serangan meningkat selepas Ronald Ngah Wanja dan Ajdin Mujagic mengalami kecederaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Kuala Lumpur: Mesin gol Selangor FC, Chrigor Moraes dilaporkan menjadi antara penyerang yang diidamkan Kuching City FC dalam usaha memperkuatkan barisan depan skuad itu.
Bagaimanapun, kekangan kewangan dan kontrak pemain Brazil itu dengan Selangor dikatakan menjadi pertimbangan utama The Cats untuk mendapatkan khidmatnya.
Portal berita Suara Sarawak melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan mengakui Moraes memiliki kualiti yang diperlukan The Cats.
Beliau bagaimanapun menjelaskan sebarang keputusan pengambilan pemain baharu bergantung kepada perancangan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak.