BERA – Seorang wanita lebam di leher selepas rantai yang dipakainya diragut seorang lelaki bermotosikal ketika membeli makanan di tepi Jalan Pasar, Triang di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, mangsa baru selesai membeli makanan di sebuah gerai tepi jalan sebelum suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna gelap bertindak meragut rantai lehernya.Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian."Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan lebam pada bahagian leher dan mendapatkan rawatan di Hospital Bera," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebatan jika sabit kesalahan.Sehubungan itu, Zulkiflee meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian berkenaan supaya tampil membantu siasatan.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan peka terhadap keadaan sekeliling, khususnya ketika berada di kawasan tumpuan awam."Masyarakat diingatkan supaya mengelakkan daripada memakai atau mempamerkan barang kemas dan barangan berharga secara berlebihan bagi mengelakkan diri daripada menjadi sasaran penjenayah," ujarnya.
Wanita lebam di leher diragut ketika beli makanan

Key takeaways
Seorang wanita cedera lebam di leher selepas rantai yang dipakainya diragut oleh lelaki bermotosikal ketika membeli makanan.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dengan hukuman hingga 14 tahun penjara.
- Polis meminta orang ramai membantu siasatan dan berwaspada di kawasan tumpuan awam.
- Wanita itu mendapat rawatan di Hospital Bera selepas kejadian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAWAZNI YUSOF
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Wanita ganggu pengunjung pusat beli-belah ditahan
- Free Malaysia Today Wanita ditahan dalam kes ganggu pengunjung pusat beli-belah
- Sinar Harian Wanita lebam di leher diragut ketika beli makanan (this story)









