KOTA BHARU: Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal menjadi 'laluan' baharu bagi suami isteri yang terpaksa berjauhan kerana tuntutan pekerjaan untuk lebih dekat dengan keluarga, sekali gus mengubat kerinduan.
Kemudahan pengangkutan yang dijadual memulakan operasi komersial pada 12 Disember ini bukan sahaja menawarkan alternatif perjalanan kepada pengguna, malah memudahkan golongan yang menjalani kehidupan jarak jauh untuk pulang menemui insan tersayang.
Ketua Biro Bernama Kelantan, Muhammad Afiq Mohd Asri, 35, yang menjalani kehidupan antara Kelantan dan Kuala Lumpur atas tuntutan kerja, berkata ECRL merupakan kemudahan yang cukup bermakna bagi individu yang perlu mengimbangi komitmen kerjaya dan tanggungjawab keluarga.









