LONDON: Australia, Britain, Kanada dan Itali semalam mendesak Israel membenarkan akses kemanusiaan yang 'pantas serta tanpa halangan' ke Gaza, dengan menegaskan keadaan di wilayah itu sebagai 'sangat kritikal'.
"Kami menggesa Kerajaan Israel berhenti membuat penangguhan sekarang juga, dan membenarkan akses kemanusiaan yang segera, pantas serta tanpa halangan ke seluruh Gaza," menurut empat negara itu dalam satu kenyataan bersama.
Kementerian Luar empat negara berkenaan turut menekankan bahawa kejadian banjir baru-baru ini telah memburukkan lagi penderitaan rakyat Gaza.
Hujan lebat dan ribut baru-baru ini telah memusnahkan puluhan ribu khemah petempatan di Gaza.








