Kulai: Kenal lebih setahun di media sosial sebelum bertindak tinggal di bilik sewa teman lelakinya sejak sebulan lalu.
Perbuatan seorang wanita yang juga isteri orang itu akhirnya terbongkar selepas bilik sewa didiami pasangan itu diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Dalam satu kenyataan JAINJ, berkata anggotanya menyerbu bilik sewa terletak di sebuah rumah kedai di Taman Sciencetex, Senai di sini, selepas menerima aduan awam malam tadi.
Katanya, serbuan jam 11.15 malam itu bermula apabila penguat kuasa mengetuk pintu bilik sewa berkenaan dan dibuka tiga minit kemudian.










