RANAU – Seorang lelaki berusia lingkungan 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun parah terkena tembakan pada bahagian leher dalam kejadian berhampiran Sungai Keliu, Kampung Tinanom, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, lelaki berkenaan ditahan sebuah rumah di Kampung Tinanom pukul 1.30 tengah hari.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam Sabtu lalu, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun cedera parah selepas dipercayai terkena tembakan pada bahagian leher.

Katanya, mangsa dikatakan sedang menangkap ikan dan katak di tepi sungai bersama bapa saudaranya sebelum insiden tembakan berlaku.