Kanchanaburi, Thailand: Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal bersama suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah, Khamis lalu.

Anggota dari Balai Polis Samrong dan Yayasan Penyelamat Khun Rattanawut menerima laporan kejadian kira-kira jam 9.30 malam di sebatang jalan di daerah Tha Muang, kira-kira 400 meter dari rumah pasangan itu.

Mangsa, Rangsima, 53, pada mulanya dibawa ke hospital oleh suami dan ahli keluarganya menggunakan motosikal berkereta sisi.

Ambulans turut dihantar untuk bertemu mereka di sepanjang laluan berkenaan, namun mangsa meninggal dunia akibat kecederaan sebelum sempat tiba di hospital.