KAJANG - Polis menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya seorang wanita maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menggunakan kerusi urut di sebuah pusat beli-belah di Kajang.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan satu hantaran di Facebook menerusi akaun 'Luahan Rakyat Malaysia' yang mendakwa kejadian berkenaan berlaku.Susulan itu, satu laporan polis diterima semalam, kira-kira jam 7.50 malam, berhubung pautan hantaran berkenaan.Hantaran yang tular itu mendakwa seorang remaja wanita dikenali sebagai Nurul Fadhilah Hamidi meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menggunakan kerusi urut di sebuah pusat beli-belah di Kajang.Hantaran itu turut mendakwa kejadian berpunca daripada kebocoran arus elektrik pada kerusi urut berkenaan ketika mangsa sedang menunggu bapanya yang membeli kasut di kedai berhampiran."Bagaimanapun, siasatan polis mengesahkan tiada kejadian sedemikian berlaku di mana-mana pusat beli-belah sekitar daerah Kajang," katanya dalam kenyataan di sini awal hari ini.Naazron berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.Menurutnya, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 233, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali."Bagi Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan pula, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," ujarnya.Naazron berkata, tindakan tegas mengikut undang-undang akan diambil terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat tidak benar tanpa menyemak kesahihannya sehingga menimbulkan kegusaran dan ketakutan dalam kalangan orang awam.Orang ramai yang mempunyai maklumat atau pertanyaan berkaitan perkara itu diminta merujuk saluran rasmi Polis Diraja Malaysia atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-8911 4222 atau mana-mana balai polis berhampiran. - Awani
Polis nafi wanita maut terkena renjatan elektrik ketika guna kerusi urut

Key takeaways
Polis menafikan laporan wanita maut terkena renjatan elektrik ketika guna kerusi urut di Kajang.
- Polis mengesahkan tiada kejadian seperti itu berlaku di Kajang.
- Laporan polis dibuat berdasarkan hantaran di Facebook.
- Kes disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Kanun Keseksaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Pekerja maut terkena renjatan elektrik ketika baiki lampu sekolah
- Sinar Harian Polis nafi wanita maut terkena renjatan elektrik ketika guna kerusi urut (this story)









