KUDAT: Pekerja kontraktor maut terkena renjatan elektrik selepas tangga digunakannya tersentuh kabel elektrik ketika menjalankan kerja pemasangan dan pembaikan lampu di sebuah sekolah di Batu 1, di sini, hari ini.
Lelaki warga Filipina berusia 56 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Penolong Penguasa Bomba Darikson Galanang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.31 pagi, sebelum sepasukan sembilan anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati seorang lelaki dipercayai terkena renjatan elektrik di kawasan pintu gerbang sekolah berkenaan.








