KUALA LUMPUR: Keuntungan selepas cukai (PAT) CUCKOO International (MAL) Bhd hampir berganda kepada RM26.6 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2026, meskipun hasilnya merosot berikutan permintaan pengguna yang lebih perlahan.

Berdasarkan keputusan kewangan belum diaudit bagi suku berakhir 30 September 2026, PAT syarikat meningkat 97.1 peratus daripada RM13.5 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) pula melonjak 99.2 peratus kepada RM37.5 juta, manakala hasil susut 8.4 peratus kepada RM242.1 juta berikutan permintaan pengguna dan jumlah unit jualan yang lebih rendah.

Untung kasar meningkat 6.1 peratus kepada RM89.9 juta, dengan margin untung kasar mengukuh kepada 37.1 peratus daripada 32.1 peratus pada suku ketiga 2025.