PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada pukul 1.35 tengah hari tadi memaklumkan, negeri terlibat ialah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kinta, Kampar, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang dan Muallim, manakala di Terengganu membabitkan Kemaman serta Dungun.